Tuesday, 3 December 2013

ANGGARAN KOS BAGI PENANAMAN KENAF BERSKALA KECIL

 
 berikut merupakan kos kerja kerja penanaman kenaf yang boleh dijadikan rujukan kepada individu yang berminat menanam kenaf secara berskala kecil


Kos mesti ditanggung (kerja-kerja penanaman)
Bil.
Kerja awalan
Anggaran kos
Jumlah (RM)
1.
1.1  Mengenalpasti tapak tanaman, penyediaan ‘layout’ petak tanaman, penyediaan kertas kerja dan jadual gerak kerja
1.2  Kertas kerja kos sewa tanah serta hal-hal berkaitan
Lump sum RM50
1 hektar x RM500
RM 50
RM 50
2.
Kerja penyediaan tapak tanaman serta perlaksanaan kerja
2.1 Kerja infrastruktur
2.1.1  Kerja perparitan
2.1.2 Kerja memasang pagar
2.2  Kerja jentera piring tanah
2.3  Kerja penyediaan baja organic untuk penyuburan tanah, 250 kg (10 bag x 25kg/bag)
2.4    Upah untuk kerja-kerja membaja penyuburan tanah
2.5    Kerja traktor rotor 1
2.6    Kos biji benih kenaf 45 kg
2.7    Kos kerja penyaringan biji benih
2.8    Upah menabur benih dengan mesin ‘Slobipipe’.
2.9    Kerja traktor rotor menimbus benih
2.10  Kos baja peringkat 2 (N:P:K) 15 : 15 : 15, 150 kg (3 bag x 50 kg/bag)
2.11  Upah kerja membaja kali kedua
2.12  Kos penyediaan baja kali ke tiga, urea 100 kg (2 bag x 50 kg/bag)
2.13  Upah kerja membaja kali ketiga
2.14  Kos penyediaan baja kali keempat, N.P.K  12 : 12 : 17, 75 kg ( 1.5 bag x 50 kg / bag)
2.15  Upah kerja membaja kali keempat
2.16  Kos racun perosak, 1 liter sebotol
2.17  Upah kerja menyembur racun
L/S
L/S
RM 250 / ha
RM 47.50 x 10 bag
RM 70 x 1 ha
RM 200 x 1 ha
RM 25 x 45 kg
L/S
 RM 70 x 1 ha
RM 80 x 2 jam
RM 100 x 3 bag
RM 62.50 x 1 ha

RM 100 x 2 bag
RM 50 x 1 ha
RM 100 x 1 ½ bag
RM 35 x 1 ha
RM 70 x 1 liter
RM 70 x 1 ha
RM 800
RM 700
RM 250
RM 475
RM 70
RM 200
RM 1,125
RM 30
RM 70
RM 160
RM 300
RM 62.50
RM 200
RM 50
RM 150
RM 35
RM 70
RM 70
Jumlah
RM 4,918

KAEDAH PENANAMAN KENAF SECARA SKALA KECIL

Projek tanaman kenaf oleh pekebun kecil





PENYEDIAAN AWALAN KEPERLUAN PROJEK
  • Penyediaan tanah tapak tanaman 
    Penanam perlu memastikan jenis dan tahap kesesuaian tanah yang akan diusahakan sebelum memulakan projek ini iaitu

Kategori
Jenis tanah
Kesesuaian
I
II
III
IV
Tanah liat berpasir
Tanah liat
Tanah berpasir hitam
Tanah beris siri Rhu dua & Rhu Tapai
Paling sesuai
Elok





Sesuai
Kurang sesuai

Penanam perlu memastikan tahap infrastruktur tapak tanaman yang akan diusahakan sebelum memulakan projek mempunyai;
  1. Sistem perparitan yang sedia ada dan yang perlu dibuat seeloknya setiap berkeluasan 1 hektar dan dibahagikan plot tanaman kepada 9 petak sama saiz.
  2. Satu pusingan tanaman mengambil masa hanya 9 minggu sahaja.
  3. Urutan kemajuan tanaman adalah satu minggu untuk satu petak.
  4. Kemudahan jalan kebun untuk jentera traktor yang akan membajak tanah dan membawa hasil tanaman keluar dari kebun.
  5. Sistem pagar mengikut keperluan keadaan persekitaran. Haiwan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya sangat sukakan makan daun kenaf muda (dibawah 30 hari yang mempunyai kandungan protin tinggi >22% serta berkalori)

UNTUNGYA USAHAWAN KENAF

penanaman kenaf sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pegusaha ladang kenaf ...tidak hairanlah kebanyakan usahawan  yang sebelum ini menjalankan penanaman tembakau kini beralih arah kearah penanaman kenaf .

berikut adalah senarai harga kenaf yang dikeluarkan oleh LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA ...

ini merupakan peluang yang baik kepada graduan yang ingin menjadi usahawan tani  kerana kenaf menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat dan penanaman kenaf tidaklah serumit hasil tani yang lain

 


 

ADA POTENSI KE TANAM KENAF NI..

mungkin ramai yang akan tertanya tanya bolehkah projek penanaman kenaf ni berjaya.. malah mungkin ada juga beberapa perkara bermain di benak fikiran semua orang contohnya... kat mana nak jual kenaf ni..ada ke syarikat yang akan membeli..kat mana nak tanam kalau tanah pun tiada ...????????

DISINI MUNGKIN ADA JAWAPANYA.......
pihak LKTN telah berusaha melahirkan usahawan kenaf kepada individu yang berminat dengan menganjurkan program yang dilihat dapat membantu individu yang ingin menceburi bidang penanaman kenaf... 



Tanaman Kenaf merupakan  tanaman gentian (fiber) jangka pendek (3-4 bulan) yang mempunyai nilai ekonomi tinggi yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sebagai tanaman komoditi baru di Malaysia.Selaras dengan usaha membangunkan tanaman kenaf sebagai sumber pertumbuhan baru negara, LKTN ingin mempelawa semua warganegara Malaysia yang berminat untuk mengusahakan tanaman kenaf. Tawaran ini terbuka kepada semua pekebun-pekebun kecil yang mempunyai kelayakan dan memenuhi  syarat-syarat seperti berikut:
1) Memilik tanah antara 2-10 ekar (berkelompok).
2) Status tanah yang disahkan (mempunyai geran dan mempunyai status hakmilik atau mempunyai kebenaran bertulis yang disahkan oleh pemilik tanah).
3) Ciri-ciri tanah:
    a) Tanah terbiar (permukaan rata dan tidak memerlukan pembersihan hutan).
    b) Tanah yang diusahakan dengan tanaman padi sekali setahun.
    c) Mempunyai kemudahan asas (jalan ladang , sistem saliran dan pengairan).
4) Mempunyai pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang pertanian.
5) Mempunyai disiplin dan minat yang tinggi dalam tanaman kenaf.
6) Tahap kesihatan baik dan berkemampuan untuk menjalankan aktiviti mengusaha tanaman kenaf.

Pemohon-pemohon yang layak dan berjaya akan disediakan dengan kemudahan dan insentif seperti berikut:
1) Latihan dan Khidmat teknikal tanaman kenaf.
2) Pembiayaan modal pusingan (musim pertama).
3) Kemudahan dan perkhidmatan jentera dan mekanisasi ladang.
4) Jaminan pasaran (belian hasil oleh LKTN). 

HASIL PRODUK DARI KENAF

TEKNOLOGI HIJAU DALAM PEMBUATAN KENDERAAN

PAKAIAN

HIASAN

BEG TANGAN





















produk kenaf

umumnya ramai yang tidak menyedari kegunaan kenaf dalam penghasilan pelbagai produk.seperti yang diketahui banyak manfaat yang dapat diperolehi dari kenaf,sehingga sekarang pelbagai  kajian telah dibuat sehingga terhasilnya produk yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian........


dalam keadaan negara maju yang cuba menjadikan teknologi hijau sebagai agenda utama negara..kenaf tidak ketinggalan membantu kearah itu..produk dari kenaf beupaya membantu industri pembuatan kenderaan yang lebih bercirikan teknologi hijau