mungkin ramai yang akan tertanya tanya bolehkah projek penanaman kenaf ni berjaya.. malah mungkin ada juga beberapa perkara bermain di benak fikiran semua orang contohnya... kat mana nak jual kenaf ni..ada ke syarikat yang akan membeli..kat mana nak tanam kalau tanah pun tiada ...????????
DISINI MUNGKIN ADA JAWAPANYA.......
pihak LKTN telah berusaha melahirkan usahawan kenaf kepada individu yang berminat dengan menganjurkan program yang dilihat dapat membantu individu yang ingin menceburi bidang penanaman kenaf...
Tanaman Kenaf merupakan tanaman gentian (fiber) jangka pendek (3-4
bulan) yang mempunyai nilai ekonomi tinggi yang sedang dibangunkan oleh
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sebagai tanaman komoditi baru
di Malaysia.Selaras dengan usaha membangunkan tanaman kenaf sebagai
sumber pertumbuhan baru negara, LKTN ingin mempelawa semua warganegara
Malaysia yang berminat untuk mengusahakan tanaman kenaf. Tawaran ini
terbuka kepada semua pekebun-pekebun kecil yang mempunyai kelayakan dan
memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1) Memilik tanah antara 2-10 ekar (berkelompok).
2)
Status tanah yang disahkan (mempunyai geran dan mempunyai status
hakmilik atau mempunyai kebenaran bertulis yang disahkan oleh pemilik
tanah).
3) Ciri-ciri tanah:
a) Tanah terbiar (permukaan rata dan tidak memerlukan pembersihan hutan).
b) Tanah yang diusahakan dengan tanaman padi sekali setahun.
c) Mempunyai kemudahan asas (jalan ladang , sistem saliran dan pengairan).
4) Mempunyai pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang pertanian.
5) Mempunyai disiplin dan minat yang tinggi dalam tanaman kenaf.
6) Tahap kesihatan baik dan berkemampuan untuk menjalankan aktiviti mengusaha tanaman kenaf.
Pemohon-pemohon yang layak dan berjaya akan disediakan dengan kemudahan dan insentif seperti berikut:
1) Latihan dan Khidmat teknikal tanaman kenaf.
2) Pembiayaan modal pusingan (musim pertama).
3) Kemudahan dan perkhidmatan jentera dan mekanisasi ladang.
4) Jaminan pasaran (belian hasil oleh LKTN).
No comments:
Post a Comment